Ijazah diragui: MB Johor bakal beri kenyataan

Osman ketika menyempurnakan gimik pelancaran Aplikasi Segamat 2030.
Osman ketika menyempurnakan gimik pelancaran Aplikasi Segamat 2030.
A
A
A

SEGAMAT- "Saya akan buat kenyataan," demikian jawapan ringkas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berhubung isu pendidikan beliau yang menjadi persoalan ketika ini.

Bagaimanapun, Osman enggan mengulas lanjut mengenai masa dan di mana kenyataan itu akan dibuat.

Terdahulu, Osman ditemui media selepas merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Segamat 2030 (Penggantian) di Dewan Serbaguna Kampung Abdullah di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu terus beredar sebaik majlis selesai dan hanya menjawab ringkas soalan wartawan sebelum masuk ke kenderaan dan meninggalkan pekarangan dewan.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung keraguan Menteri Besar Johor yang didakwa tidak memiliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia seperti tertera dalam biodata rasmi.

Malah beberapa pihak termasuk sebahagian ahli Bersatu turut menggesa supaya ADUN Kempas itu membela diri dengan memberikan kenyataan berhubung teka-teki tersebut.

Artikel Berkaitan: