UMNO Seremban nafi terlibat pasang kain rentang tolak Ahmad Zahid

UMNO Bahagian Seremban turut menafikan terlibat dalam mencetak dan memasang kain rentang yang mendesak Presiden UMNO meletakkan jawatan.
UMNO Bahagian Seremban turut menafikan terlibat dalam mencetak dan memasang kain rentang yang mendesak Presiden UMNO meletakkan jawatan.
A
A
A

SEREMBAN - Selain Pemuda UMNO Bahagian Seremban, UMNO Bahagian itu turut menafikan terlibat dalam mencetak dan memasang kain rentang yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.

Ketuanya, Mustafa Salim turut menyifatkan individu tidak bertanggungjawab melakukan perkara itu sebagai tidak beretika.

"Adalah tidak beretika pihak tertentu yang membuat provokasi melaga-lagakan kepimpinan UMNO di peringkat bahagian dan pusat demi menghalalkan cara untuk meraih keuntungan politik golongan tertentu," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tegas beliau, UMNO Bahagian itu tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak khususnya daripada parti lawan yang cuba untuk memporak perandakan kelangsungan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan tanah air.

Mustafa berkata, laporan polis dibuat oleh beberapa kepimpinan parti itu termasuk ahli UMNO serta memohon pihak berkuasa menyiasat dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Semua ahli UMNO Bahagian Seremban digesa supaya terus memperkasakan parti, membantu rakyat serta memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda UMNO nafi pasang kain rentang minta presiden letak jawatan

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Pemuda UMNO Bahagian Seremban menafikan memasang kain rentang mempunyai tulisan meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan yang digantung di pagar Masjid Sikamat, di sini.

Artikel Berkaitan:

Ketuanya, Zool Amali Hussin berkata, beliau tidak pernah menyuruh mana-mana pihak menggantung kain rentang yang meminta Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana berpendapat perbuatan itu adalah cara yang tidak bijak.