Cedera gara-gara jiran baling mercun halau anjing

Gunasekaran (tengah) semasa bertemu Thanaletchumy dan jirannya yang melecur akibat terkena mercun pada Sabtu.
Gunasekaran (tengah) semasa bertemu Thanaletchumy dan jirannya yang melecur akibat terkena mercun pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang nenek cedera di perut akibat terkena mercun yang dibakar jirannya untuk menghalau anjing liar dalam kejadian di Taman Seremban Jaya pada Sabtu lalu.

Mangsa Sapura Karim, 64, mengalami cedera ringan dibawa ke sebuah klinik swasta untuk rawatan dan kos ditanggung sepenuhnya oleh jirannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika N Thanaletchumy, 68, membakar mercun untuk menghalau anjing liar yang berkeliaran di hadapan rumahnya.

"Akibat itu, mercun tersebut meletup memasuki dan terkena di bahagian perut jirannya yang berada di dalam rumah yang ketika itu bersama seorang cucu.

"Saya dimaklumkan mercun itu termasuk melalui tingkap sebelum meletup di atas perut jirannya sehingga menyebabkan kecederaan ringan dan terus dibawa ke klinik," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, menurut Thanaletchumy, itu kali pertama dia membakar mercun untuk menghalau anjing liar kerana bimbang keselamatan cucunya namun tidak menyangka termasuk ke dalam rumah jiran.

"Saya sudah meminta maaf kepada mereka sekeluarga dan berjanji kejadian itu tidak akan berulang lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: