Solat hajat untuk Abdul Bari

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Urus setia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan menganjurkan solat hajat di Pulau Warisan, iaitu berhampiran tapak operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di muara sungai Terengganu.

Pengarahnya, Mohd Soud Said berkata, solat hajat itu akan dibuat sekiranya mangsa, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu masih belum dijumpai sehingga lewat petang ini.

“Kita telah mengarahkan Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar untuk membuat persiapan tempat. Ikut perancangan, kita akan adakan solat Maghrib berjemaah beramai-ramai dan diikuti solat hajat selepas itu,” katanya.

Solat hajat itu katanya, sebagai ikhtiar dan bagi membolehkan usaha mencari dan menyelamat berjalan lancar dan mangsa dijumpai dengan segera.

Abdul Bari dikhuatiri lemas selepas cuba menyelamatkan empat sekeluarga di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, jam 9.40 malam semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat selamatkan mangsa kemalangan, tapi...

Artikel Berkaitan: