X

Kindly register in order to view this article
!

YPRM Pahang mahu rasuah dibasmi habis-habisan

Wan Emril Nizam
A
A

KUANTAN - Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Pahang menyambut baik usaha Sinar Harian melalui gerakan Sinar Rasuah Busters bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

Pengerusinya, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, Sinar Rasuah Busters yang disemboyankan Sinar Harian wajar disokong semua pihak termasuk pemimpin belia dan anak muda di seluruh negara.

Menurutnya, semua sedia maklum bahawa rasuah merupakan Ibu segala jenayah, punca kerosakan identiti dan integriti dalam melestarikan masa depan sesebuah negara.

"Gejala rasuah wajib dibasmi habis-habisan tanpa kompromi.

"Pada masa sama pemimpin muda juga perlu dipersiapkan untuk menjadi pemimpin negara yang berakhlak, beretika dan mampu memerangi rasuah habis-habisan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Wan Emril Nizam berkata, Sinar Rasuah Busters atau pemburu rasuah ini satu usaha yang perlu didokong oleh semua pihak sebagai mata rantai jihad melawan rasuah secara berterusan.

"Semua pihak perlu memperteguhkan jati diri demi memerangi isu rasuah dengan lebih berkesan serta memastikan rakyat negara ini terus kukuh nilai integritinya.

"Umum mengetahui kesan dan akibat jika rasuah berleluasa dalam sesebuah masyarakat, jika dibiarkan berleluasa gejala ini boleh mengakibatkan kepincangan sistem keadilan dan keharmonian sesebuah negara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!