PKP Kelantan: Pelajar patuhi SOP hari pertama persekolahan

Seorang pelajar memakai pelitup muka sebelum memasuki kawasan persekolahan pada Rabu.
Seorang pelajar memakai pelitup muka sebelum memasuki kawasan persekolahan pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Hari pertama sesi persekolahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama berlangsung dengan baik dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tinjauan Sinar Harian pada Rabu di beberapa sekolah sekitar Kota Bharu mendapati pelajar sama ada dihantar oleh ibu bapa atau datang sendiri memakai pelitup muka sebelum memasuki kawasan sekolah.

Ibu bapa yang menghantar anak-anak seawal jam 7 pagi juga turut mementingkan keselamatan diri dengan memakai pelitup muka.

Sebelum memasuki kawasan sekolah, guru-guru yang bertugas turut mengambil bacaan suhu badan dan juga pelajar wajib menggunakan cecair pembasmi kuman.