Veteran Indonesia watak Mak Lampir meninggal dunia akibat Covid-19

AKTRES veteran terkenal Indonesia yang popular menerusi watak Mak Lampir, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu akibat jangkitan wabak Covid-19.
Lapor CNN Indonesia, berita sedih tersebut telah dikongsikan oleh cucunya, Ify Alyssa mengenai kematian neneknya itu akibat wabak maut tersebut pada Ahad menerusi Instagram.
“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada jam 7.35 malam (waktu tempatan),” katanya.
Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon hebat tersebut pernah melakukan kesilapan selain menzahirkan ribuan terima kasih atas doa mereka.
"Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan, dan doa yang telah disampaikan selama beliau (nenek) sakit hingga saat terakhirnya," ujarnya lagi.
Sementara itu, pengurusan jenazah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan dan lokasi pengebumian telah dirahsiakan oleh ahli keluarga.
Terdahulu, Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952. Aktres itu terkenal kerana sering membintangi filem bergenre seram dan sangat sinonim dengan watak seorang nenek kebayan bernama Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan selama tujuh tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Banjir Bangkok: Penduduk mula ‘serbu’ pasar raya
26 September 2026 09:02pmBangkok lumpuh dilanda banjir
26 September 2026 05:08pmBanjir semakin buruk, kesemua 50 daerah di Bangkok diisytihar zon bencana
26 September 2026 04:37pmTrump siar peta Selat Hormuz, namakannya 'Selat Trump'
26 September 2026 04:30pmRemaja 16 tahun dari Thailand juarai ‘America’s Got Talent’
26 September 2026 01:59pmPelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuli
26 September 2026 08:04amPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan
26 September 2026 12:06pmKian Ming ramal Zahid PM ke-11, Selangor tumbang
26 September 2026 09:00amPelajar maut di asrama: Kes dipercayai berpunca kerana langgar peraturan sekolah - Polis
26 September 2026 09:11pmRempuh anggota polis trafik: Pencuci kereta direman lima hari
26 September 2026 12:57pm
