Pemandu Myvi langgar sekatan jalan raya ditahan

Polis melaksanakan Sekatan Jalan Raya di Jalan Klang Lama. Gambar kecil: Papan tanda rosak akibat dilanggar sebuah kereta di Jalan Klang Lama di sini Ahad.
Polis melaksanakan Sekatan Jalan Raya di Jalan Klang Lama. Gambar kecil: Papan tanda rosak akibat dilanggar sebuah kereta di Jalan Klang Lama di sini Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pemandu kereta yang melanggar sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Klang Lama di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, seorang lelaki berusia 40 tahun memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah melanggar papan tanda 'pemeriksaan polis' di SJR berkenaan pada jam 5.50 petang.

"Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.

"Lelaki tersebut memberi alasan keluar rumah kerana membeli makanan di Taman Gembira di Jalan Klang Lama di sini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hasil saringan air kencing adalah negatif.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya," katanya.

Anuar turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana kecuaian akan membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

"Orang ramai juga diminta untuk mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: