Premis makanan segera tiba-tiba terbakar

Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di restoran makanan segera di sini.
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di restoran makanan segera di sini.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Pekerja syif pagi sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Sungai Buloh di sini, sempat lari menyelamatkan diri apabila bahagian dapur premis itu tiba-tiba terbakar pagi tadi.

Kejadian menyebabkan orang ramai di kawasan sekitar turut cemas seketika apabila asap tebal memenuhi bahagian depan premis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Hazrin Zulkifli

berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 10.03 pagi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera.

"Setibanya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan kawasan dapur dan asap tebal mengakibatkan jelaga disekitar kawasan kebakaran," katanya.

Beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja pemadaman menggunakan alat pemadam api dan satu aliran 'hose reel' pam air tangki jentera bomba.

"Kebakaran melibatkan ruang dapur dan peralatan menggoreng saja dan tidak libatkan mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan: