Keputusan darurat utamakan rakyat dan negara: Pas

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini susulan peningkatan kes harian Covid-19.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah amat wajar dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

"Menjunjung kasih Tuanku. Keputusan ini adalah amat wajar dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos

"Fokus kita sekarang hanyalah untuk menangani wabak Covid-19 dan membantu rakyat terjejas," katanya di laman Facebook pada Selasa.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu pada Isnin.

Artikel Berkaitan: