Rumah pemimpin Republikan, Demokrat jadi sasaran vandalisme

Rumah Pelosi (kiri) dan McConnell diconteng dengan tulisan grafiti dan turut disimbah cat. - Foto: Agensi
Rumah Pelosi (kiri) dan McConnell diconteng dengan tulisan grafiti dan turut disimbah cat. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW YORK - Kediaman pemimpin Republikan Senat, Mitch McConnell dan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi telah menjadi sasaran perbuatan vandalisme pada Sabtu.

Media tempatan melaporkan pelaku musnah itu turut meninggalkan kepala khinzir dan menyimbah darah palsu di luar kediaman Pelosi di San Francisco, manakala rumah Mitch di Louisville, Kentucky diconteng dengan cat serta tulisan grafiti.

Difahamkan, kediaman kedua-dua pemimpin Republikan dan Demokrat itu menjadi sasaran kemarahan pihak yang berang susulan perdebatan sengit berhubung bantuan kewangan Covid-19 untuk rakyat Amerika yang dinaikkan daripada AS$600 (RM2,413) kepada AS$2,000 (RM8,045) ditolak McConnell.

McConnell dalam satu kenyataan menyifatkan contengan grafiti itu sebagai ‘amukan radikal’ dan turut menegaskan vandalisme serta ketakutan politik tiada tempat di negara tersebut.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa mengesahkan siasatan telah dijalankan. - AFP

Artikel Berkaitan: