Laluan LPT1 di KM198 dibuka semula kepada lalu lintas

Laluan LPT1 di Kilometer 198 yang ditutup kepada semua kenderaan kini dibuka semula pada petang Ahad.
Laluan LPT1 di Kilometer 198 yang ditutup kepada semua kenderaan kini dibuka semula pada petang Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Laluan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di Kilometer 198 yang ditutup kepada semua kenderaan kini dibuka semula selepas limpahan air surut.

Laluan yang dibuka kepada lalu lintas pada jam 3 petang melibatkan kesemua lorong di KM198 (hala timur) dan lorong laju di KM198 (hala Kuala Lumpur).

Syarikat Konsesi LPT1, Anih Berhad dalam kenyataannya menasihatkan pengguna untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi.

"Orang ramai dinasihatkan mengikuti status dan perkembangan berhubung kejadian ini menerusi saluran rasmi Anih iaitu Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur," kata kenyataan itu.

Pagi tadi, laluan berkenaan ditutup ekoran berlaku limpahan air sedalam 0.6 meter kedua arah melibatkan laluan sepanjang kira-kira satu kilometer antara persimpangan bertingkat Sri Jaya, Maran dan persimpangan bertingkat Gambang di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna LPT terpaksa berpatah balik

KM198 LPT1 dinaiki air, laluan ditutup kepada semua kenderaan

Artikel Berkaitan: