Lemas: Seorang meninggal, dua lagi hilang

Seorang mangsa lemas ditemui telah meninggal dunia oleh Bomba.
Seorang mangsa lemas ditemui telah meninggal dunia oleh Bomba.
A
A
A

KUALA NERANG - Pasukan penyelamat menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dua mangsa hilang dipercayai dibawa arus Sungai Pedu, Kampung Bukit Sena di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, berdasarkan makluman awal, empat mangsa dibawa arus Sungai Pedu di Rumah Pam, Kampung Bukit Sena pada jam 1.45 tengah hari.

“Tindakan pantas bomba dan penduduk kampung berjaya menyelamatkan seorang remaja Melayu perempuan lingkungan belasan tahun. Bagaimanapun seorang lagi mangsa Melayu perempuan berusia 16 tahun yang ditemukan sudah meninggal dipercayai akibat lemas.

No Image Caption

“Dua lagi mangsa ialah seorang lelaki berusia 65 tahun dan seorang remaja perempuan berusia belasan tahun. Mereka masih hilang dan usaha untuk mencari sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang selamat dan meninggal dunia dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan dan juga bedah siasat.

Artikel Berkaitan: