X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Tragedi Triso: Kerajaan gesa siasatan menyeluruh

Zuraida
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mahu siasatan yang menyeluruh dilakukan pihak berwajib berhubung kemalangan di Jalan Beladin Triso, Sarawak pada Jumaat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan selain mutu dan kualiti keselamatan perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan kemalangan seumpama itu berulang.

Zuraida turut mengucapkan takziah kepada keluarga sembilan beranak yang lemas dalam insiden berkenaan apabila kenderaan mereka naiki terjatuh dari feri Triso ke dalam sungai.

“Saya mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini.

“Marilah kita mendoakan semoga roh mereka yang terbabit diberikan kesejahteraan atas amal kebaikan serta ditempatkan bersama golongan yang dikasihi tuhan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri II Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak berkata, Jabatan Kerja Raya Negeri telah diarahkan untuk mula membina penghadang itu dengan segera.

Beliau berkata, dengan palang penghadang yang kukuh, tiada kenderaan yang boleh jatuh semasa menaiki atau turun dari feri dan perkara ini akan dilaksanakan dengan segera.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Jumaat, sembilan orang termasuk bayi berumur empat bulan maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka dinaiki hilang kawalan dan jatuh ke dalam sungai di sekitar kawasan jeti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan lemas pacuan empat roda terjunam

Tragedi Jeti Triso: Siti Aishah berkeras hantar anak kembali ke madrasah


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!