Ibu yakin anak masih hidup

Tekong bot yang terselamat,Tuan Azhar Tengku Long (kiri) cuba menenangkan dan menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Hurani (duduk). PAKAI GAMBAR INI
Tekong bot yang terselamat,Tuan Azhar Tengku Long (kiri) cuba menenangkan dan menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Hurani (duduk). PAKAI GAMBAR INI
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang warga emas percaya nalurinya sebagai ibu mengatakan bahawa anaknya yang masih belum ditemui susulan insiden bot karam di kawasan perairan Pulau Perhentian pada Khamis masih hidup.

Hurani Awang, 73, berkata, sejurus mengetahui kejadian menimpa Asaari Leh, 43, dia tidak putus-putus berdoa supaya anak kedua dari empat beradik itu dalam keadaan selamat.

Hurani mengesat air matanya dari membasahi pipi.
Hurani mengesat air matanya dari membasahi pipi.

"Naluri saya mengatakan dia masih hidup. Saya yakin kerana dia mempunyai pengalaman luas di laut. Lagipun semasa kejadian dia pakai jaket keselamatan yang menambahkan tahap keyakinan saya mengatakan Asaari masih selamat," katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di Tok Bali di sini pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 jam bertarung nyawa berenang selamatkan diri

Wanita tersebut meluahkan perasaannya berhubung seorang anaknya yang menjadi salah seorang mangsa bot karam di kawasan perairan Pulau Perhentian, Terengganu, namun masih belum ditemui.

Hurani berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya itu pada Rabu sebelum turun ke laut untuk menangkap ikan.

Menurutnya, sebelum Asaari turun ke laut dia sempat menyediakan juadah makan tengah hari.

Artikel Berkaitan:

"Inilah kali pertama saya menyiapkan hidangan tengah hari kepada Asaari lebih awal dari biasa. Sebelum ini agak lewat. Dia mencium tangan saya sebelum turun ke laut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: SAR dalam radius lima batu nautika