[VIDEO] 15 jam bertarung nyawa berenang selamatkan diri

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob (dua dari kiri) bertanyakan khabar Tuan Azhar (tiga dari kanan) bersama Tuan Azrizal (kanan) dan Mohd Azri (dua dari kanan) selepas berjaya diselamatkan.

A
A
A

PASIR PUTEH - 'Berpantang maut, sebelum ajal,' demikian nasib empat nelayan yang terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di perairan Pulau Perhentian, Terengganu pada malam Khamis.

Kesemua mereka ditemui penduduk setempat di Pantai Coral View, Pulau Perhentian Besar pagi Jumaat selepas bertarung nyawa hampir 15 jam di lautan untuk menyelamatkan diri.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, kumpulan nelayan tersebut terpaksa berenang sejauh 12.6 kilometer (km) sambil melawan pukulan 'ganas' ombak susulan laut bergelora dan angin kencang.

Tekong bot, Tuan Azhar Tengku Long, 47, menyifatkan nasib mereka cukup baik kerana pemakaian jaket keselamatan amat membantu dalam insiden berkenaan.

Tuan Azhar dipeluk oleh isteri dan anak-anaknya sebaik sahaja tiba di Jeti Maritim Malaysia Tok Bali, Pasir Puteh.
Tuan Azhar dipeluk oleh isteri dan anak-anaknya sebaik sahaja tiba di Jeti Maritim Malaysia Tok Bali, Pasir Puteh.

"Ketika kejadian kami sedang menarik pukat, secara tiba-tiba cuaca bertukar dan ketika itu ombak mencecah ketinggian antara 4 hingga 5 meter.

"Kesan pukulan ombak itu menyebabkan bot yang kami naiki bocor seterusnya dimasuki air dan kemudiannya tenggelam.

"Kejadian ini berlaku dengan pantas, mujurlah kami semua tidak panik dan sempat memakai jaket keselamatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tok Bali, di sini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, selepas bot karam mereka yang memakai jaket keselamatan itu terus berenang menyelamat diri menuju ke arah pulau berhampiran.

Salah seorang awak-awak, Norizan (dua dari kanan) terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Kuala Besut, Terengganu untuk mendapatkan rawatan.
Salah seorang awak-awak, Norizan (dua dari kanan) terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Kuala Besut, Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, dia bersama anaknya, Tuan Azrizal, 19, dan dua lagi awak-awak iaitu Norizan Yusof, 45, dan Mohd Azri Mohd Rasdi, 28, selamat tiba di pantai sekitar jam 4 pagi.

Tuan Azhar berkata, dia bersyukur kerana mereka semuanya selamat dalam insiden berkenaan.

Katanya, bagaimanapun salah seorang dari awak-awaknya iaitu Asaari Leh, 43, hilang dan belum ditemui.

"Saya dan rakan-rakan berdoa agar Asaari selamat ditemui kerana dia juga memakai jaket keselamatan," katanya.

Mangsa selamat tiba di Jeti Maritim Malaysia Kelantan pada jam 1.30 petang dari Pulau Perhentian dengan menaiki Kapal Maritim (KM) Amanah.
Mangsa selamat tiba di Jeti Maritim Malaysia Kelantan pada jam 1.30 petang dari Pulau Perhentian dengan menaiki Kapal Maritim (KM) Amanah.

Terdahulu kesemua mangsa selamat tiba di Jeti Maritim Malaysia Kelantan pada jam 1.30 petang dari Pulau Perhentian dengan menaiki Kapal Maritim (KM) Amanah.

Kepulangan mereka itu disambut oleh sanak-saudara yang 'berkampung' di jeti tersebut.