Pemimpin politik jangan penting diri, titah Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin
Sultan Sharafuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah supaya semua pemimpin politik tidak bertelagah dan mementingkan diri sendiri.

Menerusi kemas kini di Facebook Selangor Royal Office pada Khamis, baginda bertitah, semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik sebaliknya perlu menggembleng tenaga dan fokus kepada usaha bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini.

''Apabila ekonomi sesebuah negara berkembang dan makmur, maka pendapatan rakyat juga akan turut meningkat serta kukuh,'' titah baginda menerusi Perutusan Tahun Baru pada Khamis.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut mendoakan wabak Covid-19 yang masih menular di negara ini akan dapat dihapuskan dengan segera supaya rakyat dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Baginda juga berharap tahun 2021 akan membawa lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan kepada rakyat dalam segenap aspek.

''Semoga tahun 2021 akan menjadi tahun yang lebih baik buat semua rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia,'' titah baginda.

Artikel Berkaitan: