[INDIVIDU TAHUN 2020] Lelaki 'soho Kelate'

Syahmi Sazli
Syahmi Sazli
A
A
A

Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.

- Syahmi Sazli, 25

Anak muda berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini mula dikenali ramai menerusi video-video pendek di saluran YouTube menggunakan namanya sendiri, Syahmi Sazli.

Penghasilan video yang memaparkan sketsa komedi menerusi lakonan bersahaja Syahmi serta dua bakat istimewa, Yoe Parey dan Asif Suhaimi berjaya mencuit hati peminat sehingga beliau bergelar Youtuber apabila meraih 2.5 juta pengikut di saluran tersebut.

Terus mengorak langkah, Syahmi mempertaruhkan bakat yang ada menerusi pembikinan filem pertamanya, Mael Totey The Movie (MTTM) selaku penerbit dan penulis skrip.

Filem MTTM bukan sahaja berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.4 juta menerusi tayangan di Astro First malah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid berkata, kejayaan Syahmi wajar dijadikan contoh buat pengarah muda lain dalam menghasilkan karya lebih segar dan menarik.

Artikel Berkaitan: