[INDIVIDU TAHUN 2020] YouTuber pencuri hati rakyat

S Pavithra
S Pavithra
A
A
A

Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.

- S Pavithra, 28

Nama Youtuber S Pavithra pernah meledak sekitar Mac lalu ekoran video memasak yang disiarkan menerusi saluran YouTube Sugu Pavithra.

Selain tutorial masakan menggunakan resipi ringkas dan sedap, kepetahan wanita berbangsa India dari Sungai Siput, Perak itu bertutur bahasa Melayu dalam video-videonya menarik perhatian ramai.

Gandingan sensasi Pavithra dan suami, M Sugu yang sering membantu isterinya itu dalam penghasilan video masakan mereka juga berjaya meraih ramai pengikut dari dalam dan luar negara.

Malah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengirimkan hadiah kepada pasangan suami isteri itu sebagai menghargai kejayaan mereka.

Namun, kekecohan timbul apabila Pavithra dan suaminya dilaporkan menghadapi masalah rumah tangga. Sejak itu tidak banyak kedengaran berita tentang pasangan sensasi tersebut. Apa yang pasti, ramai akan mengingati fenomena S Pavithra pada 2020.

Artikel Berkaitan: