Pemuda UMNO desak tubuh pasukan khas siasat isu kartel daging

Asyraf Wajdi ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Isnin.
Asyraf Wajdi ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mendesak supaya satu pasukan khas membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan segera berhubung isu kartel daging.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi membolehkan pendakwaan dan pendedahan berhubung individu dan syarikat yang disyaki terlibat dalam segala bentuk penyelewengan termasuk rasuah.

“Pemuda UMNO juga menuntut agar siasatan secara telus dan pantas dilakukan agar keyakinan dan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap logo Halal Malaysia dapat dipulihkan dan dipelihara dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kartel penyeludupan daging import haram di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi pada Isnin.

Sinar Harian pada awal bulan ini mendedahkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkusnya semula dengan label serta cap palsu dan menjualnya dalam pasaran negara ini.

Perkara itu dibongkarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

Asyraf Wajdi ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Isnin.
Asyraf Wajdi ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut melontarkan beberapa persoalan agar rakyat mendapat maklumat tepat dan jelas mengenai isu kartel daging haram tersebut.

“Siapakah dalang yang bertanggungjawab menguruskan proses import daging sejuk beku yang diragui status halalnya dan mengapa berlakunya monopoli kilang pemprosesan daging halal terutamanya di China, Thailand dan India?

Artikel Berkaitan:

“Kenapa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hanya mengehadkan beberapa kilang sahaja di China, India dan Thailand untuk mengeksport ayam dan daging ke Malaysia.

“Adakah DVS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan secara berkala setiap tahun untuk memastikan status halal kesihatan dan kebersihan kilang-kilang yang diberikan kelulusan status halalnya,” katanya.

Selain itu, antara persoalan lain dikemukakan Asyraf Wajdi ialah adakah DVS tidak pernah mengeluarkan sebarang Permit Import (AP) ekor lembu.

“Justeru apakah status halal ekor lembu yang begitu banyak berada di pasaran tempatan yang dikatakan kebanyakannya diimport daripada luar negara terutama dari Argentina,” soalnya.

Asyraf Wajdi yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam masa yang sama turut mengulangi desakannya sebelum ini agar bekalan daging syarikat yang kini disiasat oleh pihak berkuasa ditarik balik.

“Terutamanya dalam tempoh dua minggu perkara ini dicetuskan. Ini supaya rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak berasa was-was dalam konteks daging import yang berada di pasaran hari ini,” katanya.