KK Super Mart agih selimut kepada gelandangan di India

Gelandangan diberikan selimut supaya mereka tidak kesejukan apabila suhu di India Utara jatuh sekitar 11 hingga 10 darjah celsius sejak awal Disember lalu.
Gelandangan diberikan selimut supaya mereka tidak kesejukan apabila suhu di India Utara jatuh sekitar 11 hingga 10 darjah celsius sejak awal Disember lalu.
A
A
A

NEGARA India yang masih bergelut dengan penambahan kes positif koronavirus (Covid-19), ditambah dengan penguatkuasaan sekatan seluruh negara, penguatkuasaan penggunaan pelitup muka dan langkah penjarakan sosial, kini berdepan pula dengan ancaman musim sejuk.

Perubahan musim dan ribut siklon India Selatan memburukkan lagi keadaan apabila dilihat penurunan suhu di India Utara telah bermula sebelum awal Disember lagi.

Sejak awal Disember, suhu di India Utara jatuh sekitar 11 hingga 10 darjah celsius dan dijangka suhu sejuk itu akan terus menurun dan menjejaskan kawasan di Kolkata iaitu ibu kota Bengal barat.

Apabila suhu mencapai sekitar 10 darjah celsius atau lebih rendah, persekitaran akan menjadi lebih sejuk pada waktu malam dan pagi.

Kekurangan tempat berteduh memaksa golongan gelandangan atau golongan miskin tidur di kawasan terbuka sehingga menyebabkan beberapa kematian akibat kesejukan dan setiap tahun pada bulan Disember dianggarkan jumlah kematian melebihi 200 orang.

Dalam usaha memperluaskan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke negara itu, KK Super Mart mengambil inisiatif mengedarkan lebih 800 selimut kepada gelandangan yang menghadapi kesukaran dan berhadapan risiko penyakit lebih teruk.

Pengasasnya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, setiap hari lebih 200 pek makanan dimasak dan dibungkus oleh pasukan KK Super Mart untuk diagihkan kepada golongan pelarian dan golongan yang terjejas di sekitar Kolkata dalam tempoh 45 hari bermula pertengahan bulan November.

Katanya, komitmen dan kesungguhan KK Super Mart memperlihatkan impak positif apabila turut memberi inspirasi kepada pasukan keselamatan polis dan masyarakat sekeliling yang berkemampuan untuk bersama menghulurkan bantuan.

Artikel Berkaitan:

"Dilihat sebilangan orang awam membeli lebih banyak selimut dan barang keperluan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Inilah usaha murni yang patutu dipuji," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, tiada batasan untuk menghulurkan bantuan dan organisasi atau orang awam yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan boleh menghubungi KK Super Mart di talian 016-2281822.

"KK Super Mart menghargai semua sokongan dan sumbangan yang diberikan untuk usaha amal murni ini. Sebagai sebuah entiti yang empati dan prihatin, marilah kita bersama menyumbang kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun budaya," katanya.