Nikah dua wanita serentak

Tular gambar perkahwinan pasangan ini di media sosial.
Tular gambar perkahwinan pasangan ini di media sosial.
A
A
A

PALEMBANG- Kisah poligami di Indonesia bukanlah perkara asing lagi di negara itu. Terbaharu pengguna media sosial kembali heboh dengan kisah lelaki menikahi dua wanita serentak.

Pengantin lelaki dikenali sebagai Suwan itu menikahi dua wanita yang bernama Anggun dan Popy Anggraini pada tarikh 26 Disember lalu di sebuah kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan.

Menerusi gambar dan video tersebar, ketiga-tiganya memakai persalinan pengantin tradisi adat Sumatera Selatan berwarna merah keemasan.

Pasangan mempelai juga dilihat menyanyikan lagu dan berjoget bersama dengan tetamu yang hadir bagi meraikan majlis mereka.

Media di negara itu turut melaporkan majlis perkahwinan itu mendapat tumpuan masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan: