30 ditahan sertai parti liar di banglo

Wanita yang ditahan dalam parti liar di sebuah banglo di kawasan Genting Sempah, Bukit Tinggi pada Jumaat. Foto: Ihsan polis
Wanita yang ditahan dalam parti liar di sebuah banglo di kawasan Genting Sempah, Bukit Tinggi pada Jumaat. Foto: Ihsan polis
A
A
A

BENTONG - Seramai 30 individu yang terlibat parti liar di sebuah banglo di kawasan Genting Sempah, Bukit Tinggi di sini ditahan dalam serbuan Op Bersepadu Pencegahan Jenayah sempena sambutan Hari Krismas pada Jumaat.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.45 pagi itu, seramai 17 lelaki dan 13 wanita ditahan di mana 29 daripadanya adalah warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil serbuan polis merampas dadah jenis methamphetamine, ketamin dan ganja dengan anggaran nilai keseluruhan RM3,750.

Antara individu yang ditahan dalam parti liar di sebuah banglo di kawasan Genting Sempah, Bukit Tinggi pada Jumaat. Foto: Ihsan polis
Antara individu yang ditahan dalam parti liar di sebuah banglo di kawasan Genting Sempah, Bukit Tinggi pada Jumaat. Foto: Ihsan polis

"Kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati 15 lelaki dan 10 wanita positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang lagi wanita positif dadah jenis ketamine," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua warga tempatan juga dikenakan kompaun RM1,000 seorang di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Artikel Berkaitan:

Dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah banglo di kawasan Genting Sempah, Bukit Tinggi pada Jumaat. Foto: Ihsan polis
Dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah banglo di kawasan Genting Sempah, Bukit Tinggi pada Jumaat. Foto: Ihsan polis

"Kesemua yang ditahan juga direman sejak Jumaat sehingga 31 Disember," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2), Seksyen 6, Seksyen 15(1) (a) akta sama dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen.