Lelaki disyaki tikam kakak ipar hingga maut direman

Suspek berusia 42 tahun tersebut dipercayai berang selepas isterinya tidak menyediakan makanan mencukupi.
Suspek berusia 42 tahun tersebut dipercayai berang selepas isterinya tidak menyediakan makanan mencukupi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan reman seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai menikam kakak iparnya hingga mati dalam kejadian di sebuah pangsapuri di USJ 7, Subang Jaya pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa berusia 45 tahun itu yang juga kakak kepada isteri suspek, ditikam pada bahagian belakang badan selepas cuba meleraikan pergaduhan di antara suspek dan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek berusia 42 tahun tersebut dipercayai berang selepas isterinya tidak menyediakan makanan mencukupi sebelum bertindak menarik rambut dan menumbuk kepala wanita berkenaan.

Mangsa cuba membantu namun ditikam pada bahagian belakang oleh suspek yang berada dalam keadaan mabuk, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Amihizam berkata, suspek kemudian cuba melarikan diri namun dapat ditahan di tingkat bawah pangsapuri tersebut kira-kira jam 8 malam dan kini direman hingga 7 Januari depan bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: