Koperasi Felda Kemahang 2 bangunkan inap desa

Amran menandatangani plak perasmian projek inap desa di Felda Kemahang 2, semalam.
Amran menandatangani plak perasmian projek inap desa di Felda Kemahang 2, semalam.
A
A
A

TANAH MERAH - Koperasi Felda Kemahang 2 mengorak langkah membina inap desa (homestay) dianggarkan bernilai RM200,000 dalam usaha mempelbagaikan perkhidmatan di kawasan Felda.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan, Amran Abdul Kadir berkata, perkhidmatan inap desa itu akan dilengkapi kemudahan asas yang lengkap di samping menyediakan beberapa pakej kepada pengunjung.

"Antara pakej yang disediakan adalah lawatan ke kilang sawit, lawatan ke pusat rekreasi di air terjun Telaga Bijih dan membeli-belah di kawasan zon bebas cukai di Rantau Panjang," katanya selepas merasmikan projek inap desa di Kemahang 2 di sini, semalam.

Amran berkata, inap desa berkenaan mampu menampung 50 orang dalam satu masa.

Menurutnya, pihaknya kini dalam proses memohon dana SKM untuk melaksanakan kerja pengubahsuaian projek tersebut.

Artikel Berkaitan:


"Setakat ini, kita mempunyai koperasi yang menjalankan aktiviti perkhidmatan homestay di bawah seliaan SKM Pasir Mas dan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan homestay koperasi Felda boleh menghubungi mana-mana koperasi yang terlibat.

"Antaranya, Koperasi Felda Kemahang 2 atau Koperasi Pasir Keluarga Che Othman di Pasir Mas," katanya.