4 Januari tarikh keputusan inkues Nora Anne

Nora Anne Quoirin
Nora Anne Quoirin
A
A
A

SEREMBAN - Mahkamah Koroner di sini menetapkan 4 Januari tahun hadapan sebagai tarikh bagi keputusan inkues remaja perempuan Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin.

Perkara itu dimaklumkan peguam S. Sakthyvell yang mewakili keluarga Nora Anne di sini pada Khamis.

“Keputusan dijangka diumumkan pada 10 pagi di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban,” katanya ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman CCTV papar Nora Anne boleh berjalan normal

Rakan bapa saudara Nora Anne terima mesej bomoh

Kematian tragik Nora Anne tajuk berita utama media antarabangsa

Pada 10 Disember lalu yang merupakan hari terakhir prosiding inkues, Koroner Maimoonah Aid menetapkan keputusan inkues remaja perempuan itu akan diketahui pada 31 Disember ini atau 4 Januari tahun hadapan.

Prosiding inkues kes kematian remaja perempuan yang dijalankan sejak 24 Ogos hingga 10 Disember lalu itu membabitkan 47 saksi termasuk ibu bapa remaja berkenaan, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoiri

Artikel Berkaitan:

Ia turut disiarkan secara langsung dalam talian melalui portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia dan media sosial rasmi YouTube dan Facebook ‘The Malaysian Judiciary’ serta dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Pada prosiding itu, Muhamad Iskandar Ahmad dan Ahmad Sazali Omar mengetuai barisan Timbalan Pendakwa Raya selaku pegawai pengendali inkues bersama tiga yang lain iaitu Nuralis Mat, Nurhafizah Haron dan Nur'atiqah Sapari.

Peguam Sakthyvell pula mengetuai barisan peguam keluarga bersama Louise Azmi dan Lydia Ng Huey Mei manakala The Dusun Resort diwakili peguam Alliff Benjamin Suhaimi dan Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Nora Anne, 15, didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan di pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan Kuala Lumpur.

Pada 13 Ogos iaitu 10 hari selepas Nora Anne dilaporkan hilang, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari pusat peranginan yang didiami dia dan keluarganya, susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berwajib.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya, tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan usus yang disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan. -- Bernama