Jaga dipenjara 8 tahun, 4 sebatan lakukan amang seksual kepada cucu tiri

Tertuduh dihukum penjara selama lapan tahun dan empat sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya. (Tolong blurr muka tertuduh sbb kes sumbang mahram)
Tertuduh dihukum penjara selama lapan tahun dan empat sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya. (Tolong blurr muka tertuduh sbb kes sumbang mahram)
A
A
A
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan empat sebatan terhadap seorang pengawal keselamatan kerana melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya yang berusia lapan tahun.

Hakim, Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang berumur 59 tahun didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa di pondok rehat di sebuah taman permainan di Dungun, pada jam 4 petang, pertengahan Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah rumah di Dungun, pada jam 4 petang, 4 November lalu.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.
Artikel Berkaitan:


Hukuman penjara itu diarahkan berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan, pada 7 November lalu.

Selain penjara, tertuduh diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebaik tertuduh selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.