Tun Abdullah, isteri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah

Tun Abdullah Ahmad Badawi
Tun Abdullah Ahmad Badawi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga atas pemergian bondanya, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah petang Jumaat.

Abdullah dan isteri dalam kenyataan pada Jumaat, turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang bertakwa.

Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

Allahyarhamah berkahwin dengan Perdana Menteri Malaysia Kedua Tun Abdul Razak Hussein pada 4 September 1952, dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Seri Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim. - Bernama

Artikel Berkaitan: