Equanimity 'biawak hidup' kepada kerajaan PH

Kapal Equanimity
Kapal Equanimity
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa kegagalan melelong kapal Equanimity selepas tujuh bulan ia dipulangkan ibarat biawak hidup kepada kerajaan PH.

Katanya, ini kerana kerajaan terpaksa membelanjakan RM2 juta sebulan bagi menyelenggara kapal tersebut dan setakat hari ini jumlahnya kira-kira RM14 juta.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) orang paling ceria apabila kapal itu dipulangkan kepada Malaysia pada 7 Ogos tahun lalu.

"Tujuan mereka sebenarnya hanya satu iaitu untuk manipulasi isu 1MDB. Dr Mahathir dan Guan Eng mahu membuktikan kapal itu dibeli menggunakan duit curi daripada 1MDB," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Peguam Negara, Tommy Thomas mungkin malu kerana Sitpah Sevaratnam selaku Penasihat Transaksi dan Peguam 1MDB untuk melelong kapal tersebut telah gagal.

"Beliau mengakui 20 pembina sebelum ini hanya oportunis. Mereka mahu membelinya di bawah harga AS$100 Juta sedangkan harga asal ialah RM1 Bilion.

"Sampai bila kapal ini akan tersadai, adakah sehingga menjadi besi buruk? Berapa banyak lagi wang rakyat akan dibazirkan dan difahamkan pemilikan kapal ini sudah menjadi pertikaian mahkamah maka sudah pasti tidak ada pembeli yang berani untuk membelinya. Inilah cerdiknya kerajaan PH yang akhirnya senjata makan tuan," katanya.

Artikel Berkaitan: