Juruteknik JKR didakwa terima rasuah

Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima rasuah bernilai RM5,000 membabitkan pembinaan sebuah dewan badminton sekolah di Rantau dekat sini pada tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Halim Abdullah, 44, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Mardiah Hairullah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa menerima suapan daripada pemilik sebuah syarikat pembinaan melalui pindahan wang ke dalam akaun banknya, masing-masing berjumlah RM1,000 pada 8 Februari, 1 Mac dan 27 Mac 2013.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima RM2,000 daripada individu sama pada 7 Mei 2013.

Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.t
Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.t

Ia sebagai balasan bagi kerja pembinaan dewan tersebut yang mana mempunyai kepentingan dengan membuat pemantauan kerja dan menyediakan ringkasan tuntutan interim bulanan kepada syarikat itu.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah bank di Jelebu dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahaya. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Kes akan disebut semula pada 21 Januari depan.