Hujan lebat di Kelantan, Terengganu mulai esok

Hujan lebat di Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku pada esok sehingga Jumaat.
Hujan lebat di Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku pada esok sehingga Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat diramal berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah mulai esok sehingga Sabtu (19 Disember), demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan MetMalaysia berhubung amaran cuaca waspada pada Selasa, hujan lebat di Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku pada esok sehingga Jumaat (18 Disember).

Hujan lebat yang diramal di Sabah dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula Jumaat sehingga Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: