Sisi gadis Orang Asli cantik!

Sisi rajin melayan anak-anak saudaranya pada waktu terluang.
Sisi rajin melayan anak-anak saudaranya pada waktu terluang.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Cantiknya. Itu yang terlintas di fikiran penulis tatkala kali pertama melihat wajah gadis Orang Asli ini.

Kulitnya putih kemerah-merahan, raut wajahnya seperti berdarah Tionghua malah tuturnya menggunakan Bahasa Melayu juga lancar.

Siapa sangka, pemilik nama Zuzilaini Zamani ini dilahirkan dalam sebuah keluarga Orang Asli di sebuah perkampungan Pos Menson di Cameron Highlands.

Walau agak 'aneh' dalam kalangan etnik ini, namun Zuzilaini atau nama manjanya Sisi tidak pernah berasa lain daripada adik-beradiknya.

Sempat mengintai adik-beradiknya yang lain, memang hanya Sisi yang memiliki warna kulit yang berbeza.

Berpeluang mendekati anak keenam daripada lapan beradik ini, Sisi begitu petah dan lancar berbicara tentang hidupnya meskipun malu-malu.

No Image Caption

Pada awalnya bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Karak ini hanya memberitahu sejak lahir memang kesemua adik-beradiknya berkulit cerah namun cuma dirinya yang kekal sehingga ke dewasa.

Artikel Berkaitan:

"Kami semua masa kecil putih tapi apabila dah besar kami masuk hutan, kerja kebun semua jadi gelap kecuali saya," katanya merendah diri.

Risik punya risik, akhirnya salah seorang adiknya, Shamraini, 21 memberitahu bahawa sebenarnya dalam keturunan mereka memang ada darah campuran.

"Moyang (perempuan) kami sebelah ayah adalah orang Jepun dipanggil Amoi yang berkahwin dengan moyang kami, namanya Singa iaitu Tok Batin kampung ini dulu.

"Mungkin darah Jepun itu melekat pada Sisi. Adik beradik ayah memang tak ada yang berkulit putih," katanya.

Sisi yang merupakan anak kepada Tok Batin, Zamani Bah Tuin ini begitu rapat dengan 11 orang anak saudaranya.

Sisi sebenarnya bercita-cita menyertai Polis Diraja Malaysia namun gagal ujian saringan atas faktor fizikal beberapa tahun lalu.

"Saya dah pernah cuba pergi ujian tapi tak lepas sebab berat tak cukup," katanya sambil ketawa kecil.

Kini anak keenam daripada lapan beradik ini lebih membantu ibu dan bapanya mengurus keluarga besarnya.

Namun Sisi akui masih menyimpan cita-citanya itu dan berharap ia menjadi kenyataan satu hari nanti.