Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 6 petang ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari Seberang Jaya ke Perai, Tapah ke Gopeng dan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar hingga ke Bukit Beruntung.

“Bagi bahagian selatan, aliran trafik hanya perlahan dari Senawang ke Port Dickson,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

“Bagaimanapun trafik bergerak perlahan dari Gombak di Kilometer 28.1 ke arah Genting Sempah menghala ke Kuantan dan dari Gombak ke arah Plaza Tol Gombak,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: