Nampak buruk tapi mahal

Mercedes Benz model A250 bernilai RM175,000 yang sudah dimodifikasi ke AMG A45 pada asalnya berwarna putih tetapi diubah suai supaya kelihatan buruk tetapi unik bagi pemiliknya, Muhd Asif Ali Mohd Fadli, 20.
Mercedes Benz model A250 bernilai RM175,000 yang sudah dimodifikasi ke AMG A45 pada asalnya berwarna putih tetapi diubah suai supaya kelihatan buruk tetapi unik bagi pemiliknya, Muhd Asif Ali Mohd Fadli, 20.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai makan sanggup berbelanja ribuan ringgit bagi memenuhi citarasanya untuk mencantikkan kereta mewah jenis Mercedes Benz model A250 miliknya.

Muhd Asif Ali Mohd Fadli, 20, berkata, rupa buruk itu kelihatan unik pada pandangannya biarpun berbeza daripada pendapat umum.

Menurutnya, beliau membelanjakan wang RM5,000 bagi proses mencantikkan badan kereta itu iaitu RM3,900 kos bagi pelekat dari Kuala Lumpur yang dibeli melalui dalam talian, manakala RM1,100 lagi dibayar upah kepada rakan yang melakukan kerja-kerja menampal.

“Kereta Mercedes Benz model A250 ini bernilai RM175,000 yang sudah dimodifikasi ke AMG A45. Baru setahun dibeli dan pada asalnya berwarna putih.

“Sebelum ini, saya pakai Honda Jazz dan sememangnya sudah lama berminat dalam kerja-kerja mengubah suai kenderaan bagi memenuhi kepuasan diri sendiri,” katanya ketika ditemui di kedai makannya Jalan Bayam di sini hari ini.

Mercedes Benz model A250 yang kelihatan unik.
Mercedes Benz model A250 yang kelihatan unik.

Menurutnya, proses menampal pelekat bercorak karat dan berlubang-lubang pada keseluruhan bahagian luar badan kereta itu mengambil masa selama seminggu.

“Sukar hendak jelaskan kepada umum kerana ini adalah minat dan saya akui corak itu buruk tetapi bagi tetap unik.

Artikel Berkaitan:

“Saya tetap sukakannya walaupun orang lain kata hodoh dan pelik,” katanya.

Katanya, corak sebegini menjadi trend yang semakin dikenali di Kuala Lumpur namun kalau di Kelantan, belum ramai yang berani untuk menggunakannya pada kenderaan masing-masing.

“Selain minat mengubah suai kereta, saya juga seronok apabila ramai tertarik dan memandang ketika saya memandu kereta ini,” katanya.