Azarul Nazarith pilihan terbaharu TFC

Azarul Nazarith diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu TFC di Kuala Terengganu hari ini. FOTO: FB TFC
Azarul Nazarith diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu TFC di Kuala Terengganu hari ini. FOTO: FB TFC
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemain muda, Muhammad Azarul Nazarith Azhar menjadi pilihan terbaharu Terengganu FC (TFC) bagi membantu skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan dan Piala AFC 2021.

TFC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekas pemain Felda United berumur 22 tahun itu akan berkhidmat di bumi Terengganu selama setahun.

“Selain bermain di posisi pertahanan kiri dan turut mampu bermain di bahagian sayap, pemain ini (Azarul Nazarith) memiliki 11 penampilan dalam kesebelasan utama Felda United, untuk kempen musim 2020.

“Selain itu, beliau juga pernah mendapat panggilan untuk skuad B-22 Kebangsaan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee,” menurut kenyataan itu.

TFC sebelum ini telah memperkenalkan pemain baharunya iaitu bekas pemain skuad Tok Gajah Mohd Faisal Abdul Halim, bekas pemain UiTM FC Muhamad Arif Mohamed Anwar dan bekas kapten UKM FC Asnan Ahmad.

Selain itu skuad Penyu turut ‘memborong’ tiga pemain Kelantan bagi musim hadapan iaitu Mohd Shahrul Nizam Ros Hasni, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Mohamad Hakimi Abdullah.

- Bernama

Artikel Berkaitan: