Maqis rampas sembilan kontena bawang dari Myanmar

Bawang yang dibawa masuk dari Myanmar dirampas kerana tidak mempunyai sijil perakuan 3P.
Bawang yang dibawa masuk dari Myanmar dirampas kerana tidak mempunyai sijil perakuan 3P.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk sembilan kontena bawang merah dari Myanmar di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pada Khamis lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Maqis kira-kira jam 4.40 petang.

Menurutnya, kesemua kontena tersebut mengandungi 90,000 kilogram (kg) bawang merah yang dianggarkan bernilai RM201,648.01 dirampas kerana tidak mematuhi syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan pada permit import Maqis iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).

"Kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011[Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bawang yang dibawa masuk dari Myanmar dirampas kerana tidak mempunyai sijil perakuan 3P.
Bawang yang dibawa masuk dari Myanmar dirampas kerana tidak mempunyai sijil perakuan 3P.

Zarina berkata, pihaknya mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian Negara.

Katanya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan aspek biosekuriti negara terjamin.

Artikel Berkaitan: