MPK kukuh integriti, tanam budaya anti rasuah

Abdul Razak (tiga dari kiri) menyampaikan pelitup muka kepada warga kerja MPK selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) PBT Perangi Rasuah peringkat MPK di Dewan Raja Mahadi, Klang hari ini.

A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan program anti rasuah dan memperkukuhkan integriti dalam kalangan warga kerjanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pengukuhan aspek integriti amat penting dalam memastikan tugas yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

"Majlis Perbandaran Klang sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai program bagi membendung sekali gus memerangi rasuah dan mengukuhkan integriti dalam kalangan warga MPK.

"Antaranya melibatkan program seperti majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), ikrar integriti korporat (CIP) dan ikrar bebas rasuah (IBR)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) PBT Perangi Rasuah peringkat MPK di Dewan Raja Mahadi, di sini hari ini.

Warga kerja MPK bersama pihak SPRM Selangor bergambar kenangan selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) PBT Perangi Rasuah peringkat MPK di Dewan Raja Mahadi, Klang hari ini.

Katanya, budaya berintegriti bukan sahaja melibatkan warga kerja MPK malah kepada masyarakat di luar sana.

"MPK akan turut menambah baik dari segi pelaksanaan perkhidmatan yang disediakan bagi memastikan suasana yang kondusif dalam memastikan khidmat yang disampaikan MPK sentiasa berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

"Masa sama MoU MPK dan SPRM dipereratkan sebagai usaha mewujudkan persefahaman antara kedua-dua pihak bagi membanteras rasuah secara menyeluruh sekali gus mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap integriti warga kerja kami," katanya.

Dalam pada itu, hadir sama dalam majlis ini adalah Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Abdul Razak Deraof.