PDRM pertimbang beri ganjaran tangkap Jho Low

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan memberi ganjaran kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun berkata, setakat ini, pihaknya belum ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Jika bagi habuan sekali pun, kita perlu bersedia dengan wang tunai dan ganjaran serta sebagainya yang berkaitan," katanya selepas majlis serah tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa Jho Low, dua lagi diburu

Mohamad Fuzi berkata, usaha mengesan Jho Low bukan sahaja dilakukan polis malah pelbagai pihak terlibat.

"Polis tidak menghalang jika ada pihak tertentu untuk memberi ganjaran kepada yang berjaya memberi maklumat sehingga Jho Low tertangkap, bila ada pihak bagi insentif ia mempercepatkan proses," katanya.

Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng, ketika ini amat dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Artikel Berkaitan: