Anggota PGA, polis bantuan disahkan maut akibat lemas

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis bantuan yang ditemui maut di Sungai Layun, Ulu Baram, Sarawak pada hari Jumaat lepas disahkan mati akibat lemas, dan mereka didapati mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dilanggar kayu balak yang dibawa arus deras.- Gambar hiasan.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis bantuan yang ditemui maut di Sungai Layun, Ulu Baram, Sarawak pada hari Jumaat lepas disahkan mati akibat lemas, dan mereka didapati mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dilanggar kayu balak yang dibawa arus deras.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata, rumusan itu diperoleh berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri, Sarawak yang selesai semalam.

Beliau berkata, mayat kedua-duanya ditemukan bersama longgokan kayu balak di sungai itu.

"Mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat berlaku pukulan atau pelanggaran dengan objek tumpul dipercayai kayu balak,” katanya kepada Bernama.

Mereka dipercayai dibawa arus deras yang berpunca daripada kejadian ‘kepala air’ pada kira-kira pukul 6.40 petang Khamis semasa sedang melakukan operasi bersama enam lagi anggota.

Abdul Rahim berkata, kedua-dua mereka akan dikebumikan Rabu ini dengan penuh tradisi kepolisan.

Jumaat lepas, Bernama melaporkan mayat seorang anggota PGA Sjn Simon Laja, 47, dan seorang polis bantuan Petronas yang hanya dikenali sebagai Sarjan Kemiang ditemui di sungai berkenaan di kawasan Hulu Baram pada kira-kira pukul 3 petang. - Bernama

Artikel Berkaitan: