Kongres DAP ditangguhkan

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

KUALA LUMPUR - DAP telah mendapat kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk menangguhkan kongres parti itu yang sepatutnya berlangsung 20 Disember ini ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian iaitu sebelum 30 Jun tahun depan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya telah mendapat maklum balas daripada RoS yang bersetuju memberi lanjutan masa bagi mengadakan kongres parti selewat-lewatnya 30 Jun 2021.

"Bagaimanapun proses penamaan calon untuk pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat telah selesai dan senarai calon telah dimuktamadkan.

“Pihak DAP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada RoS dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainudin) atas kesudian untuk mempertimbangkan permohonan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 5 Oktober lalu, DAP memohon dan menghantar surat rayuan kepada RoS untuk menangguhkan kongres parti itu sekurang-kurangnya enam bulan lagi susulan keadaan semasa dan jumlah kes baharu Covid-19 yang tinggi.

Kongres parti itu melibatkan hampir 4,000 perwakilan dan semua perwakilan perlu hadir secara fizikal untuk proses pengundian. - Bernama

Artikel Berkaitan: