DUN Melaka perlu buat undi percaya: Adly Zahari

Adly ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Katil, di Bukit Katil hari ini.
Adly ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Katil, di Bukit Katil hari ini.
A
A
A

MELAKA - Kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali perlu dibuktikan melalui usul undi percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Adly Zahari berkata, usul itu bukan perkara baharu atau janggal malah merupakan landasan terbaik untuk membuktikan kepimpinan mereka diterima dan mendapat sokongan majoriti dalam dewan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, ia bertepatan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) Melaka mengambil alih daripada Pakatan Harapan (PH) kira-kira sembilan bulan lalu dan bukannya menerima mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Mereka harus mengemukakan usul percaya kepada Ketua Menteri kerana tidak mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum.

"Lebih-lebih lagi PN terbahagi kepada tiga kesepakatan iaitu PN sendiri, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN),” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Katil, di Bukit Katil hari ini.

Adly berkata, insiden yang berlaku di Perak menggambarkan kerapuhan kerjasama antara parti yang membentuk PN.

Menurutnya, tidak mustahil juga disebabkan terlampau banyak kesepakatan menjadikan setiap parti mempunyai agenda tersendiri yang berbeza hingga berlaku insiden undi tidak percaya seperti itu.

Terdahulu, Melaka akan mengadakan Persidangan Ketiga Penggal Ketiga DUN Negeri akan berlangsung selama tiga hari yang antara lain akan melibatkan pembentangan Belanjawan Negeri 2021 bermula Rabu ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Ketua Pembangkang itu turut mengakui sukar mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri memandangkan proses itu perlu melalui kelulusan Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN BN kemuka usul undi percaya terhadap MB Perak

MB Perak hilang sokongan majoriti

Zahid cadang kerajaan bawa usul percaya terhadap PM di Dewan Rakyat