Menarik! Warna V20 SE inspirasi dari ikan duyung

No Image Caption
A
A
A

Kemunculan V20 SE sebelum ini dinanti-nantikan semua orang berikutan kecanggihan teknologi dan kemampuan selfie kamera depannya yang hebat.

Siri V vivo yang mendapat tempat di hati peminat tidak mampu ditandingi pesaing dari jenama telefon pintar lain.

Ini kerana setiap kali kemunculan siri V vivo menjadi bahan bualan netizen tentang reka bentuk dan penampilannya yang mengagumkan.

Kali ini, vivo membuat kemunculan baru dengan memperkenalkan V20 SE dengan warna baru, Aquamarine yang berinspirasikan dari ikan duyung.

Warna biru laut yang menghasilkan warna kontra biru-ungu yang tenang akan membuatkan anda penuh dengan perasaan mengelamun seperti berada di awan yang mempunyai pelbagai warna.

Warna Aquamarine yang diilhamkan daripada keindahan laut dan warna yang menghiasinya menjadi daya tarikan menonjol. Ia bukan sahaja tampak eksklusif dan mewah, bahkan mampu menyerlahkan lagi penampilan pemakai.

Jika sebelum ini V20 SE hadir dengan warna Gravity Black dan Oxygen Blue, kini warna Aquamarine diyakini akan menjadi pilihan pengguna vivo.Sejak telefon pintar siri V pertama dilancarkan, vivo telah memberi tumpuan kepada pengembangan teknologi dan juga penampilan telefonnya sekaligus berada di posisi paling depan dalam bidang ini.

Bagi memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada pengguna, pasukan reka bentuk vivo telah menghasilkan ribuan lukisan reka bentuk dan akhirnya memilih warna Aquamarine.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Hadir dengan reka bentuk Magical Sleek yang ringan dan nipis, vivo V20 SE mencabar diri untuk hasilkan reka bentuk yang unik.

Melalui pengoptimuman struktur badan dalaman dan susunan yang indah, berat telefon dikawal bagi memastikan keunggulan konfigurasi. Dengan berat 171 gram, ketebalan paling nipis berjaya dimampatkan hingga 7.83 mm.

Untuk spesifikasi, Vivo V20 SE hadir dengan skrin 6.44-inci AMOLED FHD+, dijana cip pemproses Snapdragon 665, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,100mAh dengan pengecasan pantas 33W Flash Charge.

Konfigurasi kamera pula terdiri dengan sistem tri-kamera utama 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Secara keseluruhan, vivo konsisten untuk memahami dan memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu, V20 SE yang dilancarkan oleh vivo bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pulangan yang baik hasil dari penampilan tinggi dan kemampuan potret diri.

Kejayaan vivo V20 SE ini hasil dari strategi pengembangan vivo terhadap inovasi teknologi dan kemunculan trend terkini.

Bagi yang berminat, Vivo V20 SE Aquamarine ditawarkan pada harga RM1,199 seunit.

V20 SE Aquamarine boleh didapati bermula 5 Disember ini di semua kedai vivo berhampiran anda. Ayuh dapatkan segera untuk anda sekeluarga!

FB: https://www.facebook.com/vivoMalaysia

YouTube: https://www.youtube.com/user/vivoMobileMalaysia

Instagram:https://www.instagram.com/vivo_malaysia/?hl=en