Trump terus syok sendiri isytihar kemenangan sendiri

DONALD TRUMP
DONALD TRUMP
A
A
A

VALDOSTA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi melemparkan tuduhan tidak berasas selepas beliau mengulangi dakwaan Pilihan Raya Presiden AS 2020 telah dicuri daripadanya.

Kenyataan itu dikeluarkan ‘raja drama’ terbabit ketika perhimpunan pertama pasca pilihan raya di Valdosta, Georgia semalam yang jelas menunjukkan bilionair hartanah terbabit masih belum menerima kekalahannya.

“Kita menang pilihan raya ini. Ia dicemari penipuan dan sudah dirancang,” katanya merujuk kepada kemenangan bakal Presiden ke-46 AS, Joe Biden.

Ketika perhimpunan itu, penyokong Trump juga dilihat gagal memakai pelitup muka dan melaksanakan langkah penjarakkan fizikal walaupun AS berterusan menyaksikan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di seluruh negara.

Trump turut diiringi Wanita Pertama, Melania yang memberikan ucapan pendek sebelum suaminya memulakan kempen di Georgia bagi pihak dua calon Republikan di Senat yang akan bertanding pada pemilihan penting pada 5 Januari depan.

Difahamkan, keputusan pemilihan itu akan menentukan parti yang akan menguasai Senat AS yang sebelum ini dimonopoli Republikan.

Trump menerima tamparan hebat selepas Biden mendahului beliau dengan 12,000 undi sekali gus menjadi calon Demokrat pertama sejak Bill Clinton pada 1992 menang di kubu kuat Republikan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: