'Kerjasama UMNO-PH melucukan'

Angkatan Bersatu Perak menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan parti-parti di dalam Pakatan Nasional (PH) sebagai melucukan. Gambar kecil: Muhammad Faizul
Angkatan Bersatu Perak menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan parti-parti di dalam Pakatan Nasional (PH) sebagai melucukan. Gambar kecil: Muhammad Faizul
A
A
A

IPOH - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan parti-parti di dalam Pakatan Nasional (PH) sebagai melucukan.

Ketuanya, Muhammad Faizul Mohamed Ismail berkata, UMNO dilihat sanggup menggadaikan prinsip selama ini membenci DAP dan berseteru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan mahu berkuasa di Perak.

Menurutnya, jika benar terjadi kerjasama di antara mereka, rakyat dan penyokong masing-masing akan menilai betapa hipokrit UMNO yang selama ini menanam kebencian terhadap DAP dan PKR kepada ahli-ahlinya.

"Untuk berkuasa, UMNO tak ada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti. Cuma kita agak pelik dan terkejut sebab apa PH? Sebelum ini kita semua tahu, rakyat Malaysia semua tahu UMNO sebelum ini tegas mengatakan no DAP, no Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tetapi untuk berkuasa dan membentuk kerajaan Perak, yes DAP, yes Anwar Ibrahim. Memang melucukan. Dulu macam-macam mereka labelkan DAP dan Anwar, sekarang boleh pula nak kerjasama," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid hari ini bahawa UMNO sedia bekerjasama dengan PH termasuk DAP untuk membentuk kerajaan baharu di Perak sekiranya jajaran gabungan parti terdahulu tidak dapat diteruskan.

Beliau berkata, buat masa ini, UMNO seboleh mungkin mahu kerajaan yang dibentuk bersama Bersatu dan Pas di bawah pimpinan Menteri Besar terdahulu dikekalkan.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak

Sementara itu, PH Perak pula turut menyatakan sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan baharu yang lebih stabil di Perak.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu disambut baik oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.