Gempar terserempak beruang matahari melintas jalan

Gambar beruang matahari dipercayai melintas jalan yang tular di Jalan Kampung Sungai Sireh di sini pagi tadi.
Gambar beruang matahari dipercayai melintas jalan yang tular di Jalan Kampung Sungai Sireh di sini pagi tadi.
A
A
A

TANJONG KARANG - Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Kampung Sungai Sireh di sini gempar selepas terserempak dengan beruang matahari yang melintas jalan.

Gambar haiwan yang sedang menyeberang jalan itu kini tular selepas dimuat naik di Facebook sejak pagi tadi.

Status itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengguna Facebook lain.

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Amira Shafiq II dalam ruangan komen memberitahu, punca haiwan itu berkeliaran disebabkan faktor penebangan hutan secara berleluasa.

Katanya, penebangan hutan dan penarahan tanah bukit bagi projek pembangunan menyebabkan habitat haiwan itu terancam.

"Saya kecewa dengan situasi ini apabila haiwan perlindungan keluar ke jalan dan mati akibat dilanggar kenderaan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor Haidar Khan Mokbolhasan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tular itu.

Artikel Berkaitan: