Penghantar makanan maut digilis treler

Mangsa berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dari arah Putrajaya-Kajang semalam.
Mangsa berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dari arah Putrajaya-Kajang semalam.
A
A
A

SEPANG - Seorang penghantar makanan maut digilis treler berhampiran pejabat Lebuhraya Malaysia (LLM) di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dari arah Putrajaya-Kajang, di sini semalam.

Mangsa dikenali Ibrahim Dasuqi Sudin, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berada di sebelah kiri kenderaan berat terbabit.

"Bagaimanapun, treler yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar mangsa sebelum terjatuh ke bawah treler terbabit.

"Mangsa yang parah telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan saksi kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: