NASA tetapkan harga beli sampel bulan

Gambar fail menunjukkan permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat. - Foto AFP/NASA
Gambar fail menunjukkan permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat. - Foto AFP/NASA
A
A
A
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) menganugerahkan kontrak kepada empat buah syarikat semalam bagi mengambil sampel-sampel di bulan pada harga antara AS$1 (RM4.07) hingga AS$15,000 (RM61,012).

Harga paling rendah yang dipersetujui itu juga adalah bagi menetapkan harga sampel-sampel yang diambil dari bulan oleh syarikat swasta yang melakukan penerokaan angkasa lepas pada masa depan.

Kontrak itu adalah dengan syarikat Lunar Outpost of Golden, Colorado untuk pengambilan sampel bulan pada harga AS$1, syarikat ispace Europe of Luxembourg pada harga AS$5,000 (RM20,337) dan syarikat Masten Space Systems of Mojave, California pada harga AS$15,000 (RM61,012).

Syarikat-syarikat itu akan mengambil sampel-sampel itu pada pelancaran tanpa membawa manusia ke bulan pada tahun 2022 dan 2023.

Ia dijangka mengambil sejumlah kecil sampel tanah di bulan dikenali sebagai lapisan berbatu.

Syarikat-syarikat itu juga akan menunjukkan imej pengambilan sampel-sampel itu kepada NASA.

Pemilikan sampel tanah bulan tersebut kemudian akan dipindahkan kepada NASA dan ia akan menjadi hak milik tunggal agensi angkasa lepas AS itu untuk kegunaannya di bawah program Artemis.

Di bawah program tersebut, NASA merancang untuk membawa seorang manusia dan seorang wanita ke bulan menjelang tahun 2024.

Ia sekali gus menjadi asas kepada misi penghantaran manusia ke Marikh.
Artikel Berkaitan:


"Misi penghantaran manusia ke Marikh akan menjadi lebih mencabar berbanding operasi di bulan.

"Itulah sebab kenapa pentingnya untuk mempelajari pengalaman di bulan dan menggunakannya untuk (penerokaan) ke Marikh," kata Pemangku Pentadbir Hubungan Antarabangsa dan Antara Agensi NASA, Mike Gold. - AFP