RUU peringkat jawatankuasa bagi lima kementerian diluluskan

AZHAR AZIZAN
AZHAR AZIZAN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan dan Komoditi diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan itu diperoleh menerusi undian belah bahagi yang dibuat sebentar tadi.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan itu berkata, hasil undian menunjukkan 108 anggota Parlimen menyokong usul peringkat jawatankuasa itu berbanding 95 yang menentang manakala 17 lagi tidak berada di dalam Dewan Rakyat.

"Dengan itu belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dijadikan sebahagian daripada jadual," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, sesi penggulungan bagi kementerian itu dilakukan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin.

Terdahulu, dua RUU peringkat jawatankuasa iaitu Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara turut diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Secara keseluruhan RUU bagi lima kementerian di peringkat dasar telah diluluskan sekaligus memberi kelebihan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Ia termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan yang telah selesai dengan proses itu semalam.

Artikel Berkaitan: