Lima kapal dagang diusir

Antara kapal dagang yang diusir dari perairan Tompok Utara, semalam.
Antara kapal dagang yang diusir dari perairan Tompok Utara, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima buah kapal dagang yang didaftarkan dari pelbagai negara yang tidak mempunyai kebenaran bersauh telah diusir keluar dari perairan Tompok Utara, Johor dalam satu operasi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal berkenaan dari Indonesia, Dominica, Palau, Panama dan Liberia.

Katanya, perairan Tompok Utara, sering menjadi kawasan tumpuan bagi kapal-kapal dagang untuk bersauh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

"Perairan Tompok Utara telah menjadi kawasan tumpuan berikutan kebanyakan negara mengambil langkah sekatan pergerakan keluar masuk di pelabuhan utama.

"Keadaan ini menyebabkan kapal-kapal dagang mengambil kesempatan untuk bersauh di sekitar perairan Malaysia tanpa kebenaran," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Antara kapal dagang yang diusir dari perairan Tompok Utara, semalam.
Antara kapal dagang yang diusir dari perairan Tompok Utara, semalam.

Dalam pada itu, Nurul Hizam memaklumkan sepanjang bulan November, Maritim Malaysia telah mengusir sebanyak 23 kapal dagang di perairan Tompok Utara.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menahan lebih kurang 17 buah kapal dagang di perairan Johor Timur sepanjang tahun 2020.

Artikel Berkaitan:

“Perlu diingatkan juga bahawa perairan Permatang Timur (Eastern Bank), Beting Ramunia (Ramunia Shoal) dan Tompok Utara (North Patch) masih berada dalam Zon Maritim Malaysia.

"Kawasan itu bukannya perairan antarabangsa walaupun jaraknya melebihi 12 batu nautika dari daratan terdekat.

"Justeru itu sebarang aktiviti di perairan tersebut perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa Malaysia bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil," katanya.

Sebarang aduan jenayah maritim di perairan Johor segera hubungi talian 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor menerusi talian 07-2199404.