X

Kindly register in order to view this article
!

'Bukan masa untuk rebut kuasa'

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dasar bersempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.- Foto: Bernama
A
A

SHAH ALAM - "Inilah masanya untuk berkhidmat kepada rakyat, amalkan politik khidmat, politik prihatin, politik kerja. Bukan politik berebut kuasa," kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, rakyat kini muak dengan politiking yang tidak berkesudahan sebaliknya mahu pemimpin politik membantu mereka, bukan selamanya berebut kuasa.

"Inilah masanya Bersatu bangkit membantu rakyat. Ini ahli Bersatu di peringkat bahagian dan cawangan, apa lagi di peringkat yang lebih tinggi.

"Dalam keadaan kehidupan rakyat sedang terjejas akibat pandemik Covid-19, ramai yang sedang menunggu bantuan di luar sana. Ramai yang sedang menghadapi kesusahan. Ada yang sakit. Ada ibu tunggal, orang kurang upaya dan lain-lain yang mengharapkan bantuan kita.

"Sampaikanlah khidmat dan bantuan anda kepada mereka yang memerlukan. Saya percaya rakyat akan lebih menghargai saudara dan saudari sekalian jika inilah yang saudara dan saudari lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2020, yang dibuat secara maya dan dipancarkan secara langsung melalui Facebook parti itu hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut mengingatkan jentera parti dipersiapkan untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

"Latihan untuk jentera pilihan raya parti mesti dimulai dari sekarang. Jangan kita tunggu di saat akhir untuk melakukan persediaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhimpunan Agung Bersatu bincang mansuh jawatan pengerusi

Armada kemuka lima teras usul


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!